1 Mei 2013, Kelmarin YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia DUN Seberang Takir, Telaga Daing. Terima kasih kerana di atas kesudian Dato' Sri meluangkan sedikit masa untuk datang ke Sebarang Takir.
Khamis, 2 Mei 2013
Sekitar Sambutan Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia ke Negeri Terengganu
1 Mei 2013, selamat datang diucapkan kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan YABhg. Datin Sri Paduka Rosmah bin Mansor sempena lawatan sehari ke negeri Terengganu Iman.
Selasa, 30 April 2013
Ceramah Isu-Isu Semasa PDM Kg. Batin bersama YAB Menteri Besar
29 April 2013, YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said telah berbesar hati untuk turun ke PDM Kg. Batin bagi memberi ceramah di Balai Nelayan Kg. Batin Seberang Takir. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Seri kerana sanggup turun padang dan seterusnya memberi ceramah kepada hadirin. Turut hadir pada ceramah tersebut ialah calon Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri.
Program Karnival Kesihatan dan Pendidikan Tinggi DUN Seberang Takir
27 April 2013 telah berlangsungnya Program Karnival Kesihatan dan Pendidikan Tinggi DUN Seberang Takir bertempat di Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia DUN Seberang Takir. Pelbagai aktiviti dan acara telah berlangsung pada hari tersebut. Dimulai dengan senamrobik, pemeriksaan kesihatan dari UniSZA, UMT dan doktor pakar dari USM Kubang Kerian. Pertandingan mewarna dan melukis turut diadakan kepada kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah. Selain itu, pameran kerjaya dan pendaftaran destini anak bangsa UiTM turut diadakan. Kemuncak karnival ini ialah cabutan bertuah. Tahniah kepada semua pemenang dalam pertandingan melukis dan mewarna serta cabutan bertuah. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan program karnival ini secara langsung dan tidak langsung.
Ceramah Isu-Isu Semasa PRU 13 PDM Kg. Batin
26 April 2013 PDM Kg. Batin telah mengadakan Ceramah Isu-Isu Semasa PRU 13 bertempat di Taman Perumahan Permint Perdana, Kg. Batin Seberang Takir. Ceramah bertajuk "Haram Undi PAS" telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang dijemput khas iaitu Ustaz Haji Abdullah bin Haji Sa'amah An-Najmiah dan Haji Shamsuddin bin Sulong. Terima kasih diucapkan kepada penceramah-pemceramah yang telah sudi hadir dan menyampaikan ceramah yang dapat memberi banyak pendedahan kepada para hadirin.
Langgan:
Catatan (Atom)







































